1.Adakah
pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan
kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk
badan?
Tidak. Pakaian
dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik
semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami
dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas
berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran
darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa
penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.
Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan
peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang
dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.
2.Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam
pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi
tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan
tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka,
pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan
berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk
badan yang menarik.
3.Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda
dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa
mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih
kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk
badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan
ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih
daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas
bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal,
Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin.
Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya
boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa
keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah
dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan
memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat
membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ
dalaman rahim ke tempat asal.
4.Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian
pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang
konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya.
Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu
memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan
anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian,
lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan
kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium
Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari
pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui
tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
5.Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
Payudara yang
melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan
pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan
kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini
mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat
menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada
kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian
perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan
masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.
6.Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium
Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan
keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian
depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan
menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan
kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar
sepenuhnya.
7.Adakah
masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium
Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful,
payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
Saiz payudara
mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang.
Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium
Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah
payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan
yang menarik.
8.Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah
terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha.
Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak
akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa
panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka
kontur badan akan menjadi tidak menarik.